Task 1 : No Title Provided

Posted by NorisMadatulIqma at Saturday, April 23, 2011



Salam,

bismillahirahmanirahim. bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya berdiri tegak diatas kaki sendiri. saya, sebagai rakyat malaysia berikrar akan lulus dalam ujian addmaths pada lain kalinya. oke, sudah. merepek! bosan sudah.

perenggan diatas takde kene mengena antara yang hidup dan yang telah meninggal dunia. hehe.
korang kan pernah terfikir tak? eh, salahsalah . korang pernah terlintas tak nak terpikir. salahsalah. gile. korang pernah? takpernah. huh, noriz. empangan lah kau. kang aku sumpah kau dengan sumpahan tak terampun. padan muke kau. Avada Kadavra ! matilah kau.

eceh, budus. okey, serious ni. korang pernah sangke tak orang yang kau minat, orang yang kau sayang, orang yang kau hampirhampir nak jadikan dye balak kau pernah buat bende tak senonoh sebelum ni. okey, dalam bahasa kasar dan tak berapa nak sucinya dye pernah tengok blue. korang taw tak ape tu blue. mestilah taw kan. sape jek yang taktaw. bodohbodoh saje. okey lah blue tu sejenis warna yang terang seperti warna langit pada waktu pagi. itu maksod dekat wikipedia lah. kalau bahasa budakbudak bandar sekarang ni, blue tu bende alah tu lah. yang selalu diorang suka tengok. oke, aku taknak sebot. geli doe. kamu-tahu-apa lah kan. korang ni takyah lah nak lurus sangat, pahampaham lah sendiri. itupon nak ajar ke?

okey, that's rite. yang pasti bendealah kejadah tu bukan kene dekat aku. kawan aku lah. gile kau, kalau aku tengok. nak mampos ke hape. tak cium syurge weyh. haha, bajet alim. ok, serious aku tak pernah tengok. tak akan dan takde niat pown nak tengok. sendirisendiri lah kan.

btw, aku cukop bersimpati dekat kawan aku tu. bile aku tengok muke si balak dye tu. ya Allah ya Tuhan kami. suci nak mampos. pijak semut pon tak mati weyh kalau korang kenal dye. Nazim *bukan name sebenar. haha. oke, takbaek burokkan name orang. balik pade cerite, depan masyaAllah hensem, baek, caring, lemahlembot bukan pondan yek, suatu keadaan yang pasti. tapi lastlast dapat taw kaki blue. huh, amek kau ubat. "Wangodrum Laviosa", Potter, tukarkan dye jadi the piggi pig. haha, itu satu. pernah layan. kedua, nak merasa. hei, apa jenis lah kau ni doe. gile sex nak mampos. macam shitt. empangan ! kau ni kan, kalau nak pown tunggu la dah kawen ke hape ke. ni masih sekolah. agakagak la. kau ni dah rosakkan kepercayaan kiteorang la. kan dah, rating kau dah turun mendadak, -5%. ish, nasib baek la korang baru couple sehari dah clash. kalau dah berbulanbulan, silap hari bulan mengandong anak orang tu. ish, simpang malaikat 44. mintak dijaohkan doe. takot aku.


     
moral value; don't judge a book by its cover. alaa, jangan maen serkap jarang jek la kalau nak couple pown. kalau dah sayang sangat tapi dye kaki blue. nak buat apa kan. kang nanti mengandong anak dye dah susah. lagilagi kene bawak baby tu berat dalam perot plusplus umor korang under 20. huh, memang gempak. kawin mude. terbaek la. renungrenungkan dan selamat beramal ...
   


LOL; LOTS OF LOVE, NORIZ

Aku Famous. Sekejap Jek !

Posted by NorisMadatulIqma at Saturday, April 23, 2011

 huh, nah. amek kau.
aku takbuat. dye yang buat.
kang tak memasal aku masok neraka!

Salam,

okengokeng, harini takmau cerita banyaklah kan. aku tak taw lah ape punye manusia budak tu. sampaikan blog aku ni pown kau nak amek taw. aku taw lah aku ni tak berapa bandar sangat. takyah lah kau nak heboh satu dunia sebab blog aku nih. aku rase pown, tak perlulah kan nak berdress up sangat blog ni.byasebyase dah cukup, asal ada and bole sharing dengan orang. okey, tenkiu lah sebab dah buat aku famous even hanya kekawan kau jek yang kenal aku. takpe takpe. itu dah cukup memadai. kalau nak dikenali, kan kena mula dari bawah. betoltak betoltak?? bukan senang taw nak famous. the most important is, kalau aku nak jadi famous pown aku takde lah sampai nak mencapab segale bagai. susahsusah jek weyh. kau taw tak disebabkan mulut kau yang busuk macam longkang kat belakang rumah aku tu yang dah ditambah tolak dengan taik bebagai, aku ikhlas lah kan, sebab semua orang *(tipu) dah kenal aku. uhm, bagosbagos. teroskan usaha anda dalam mencapai impian yang dikehendaki. aku sokong sikap terbaek dari ladang kau tu. chaiyokchaiyok ~


     
awak, takcukup lah ape yang awak buat tu. tambah lah lagi, biar saya ada ramai kawan nanti. jomla jomla jomla ! hikhikhik <3 saya sayang awak . muahmuahmuah . 
     
 

LOL; LOTS OF LOVE, NORIZ

Gara-Gara Gelas Tak Gune

Posted by NorisMadatulIqma at Sunday, April 17, 2011


Salam,

okey , harini memang badluck. dah lah jatuh tangge, pastu kene marah plus sebat lagi dengan ibu sebab pecahkan gelas dye. okehokeh, memang tabiat aku suke mengamok kalau tengah geram. noris, at least kalau nak baling pown, baling la cawan plastik. taklah badan kau sakitsakit kene penangan talipinggang 40inci tu. aduich~ sakit doe. nak test, jom datang rumah aku, pecahkan gelas. harharhar. alah, noris. kan dah byase, badan kau dah kebal. so, lets do it again again and again. BYE

    
ibu, laen kali beli cawan plastik kat rumah, nanti takde lah asyik pecah jek. okeng ~
     


LOL; LOTS OF LOVE, NORIZ

Rindu Tulip Awak

Posted by NorisMadatulIqma at Friday, April 15, 2011

 hiasan semata-mata

serious doe, harini aku touching giler dengan kau. bercerite tak agak-agak. macam oinkoink dah muke aku bile nangis kan. taik babun la kau. kan aku dah cakap, jangan nak bermadah-madah dengan aku. geli la doe. aku takkan cair la untuk kali yang kesejuta. okey, gebang . lastlast, aku harap aku tak tergugat dengan ayat kau yang macam pagar tak siap tu [fullstop]

     
awak, saya rindu dgn tulip tu. awak cakap masih simpan. give me back, please !
     


LOL; LOTS OF LOVE, NORIZ

April Fools !!??

Posted by NorisMadatulIqma at Saturday, April 02, 2011


Salam,

Readers, hari ni aku nak ajak hang pasal sejarah sikit. Okey, toksah nak gelakkan aku, aku taw Sejarah aku macam mane. Buku teks Sejarah form 4 tuh, huh~ kite bakor jek buku tuh. Haha. Okey, gurau. Jangan bakor, hak milik sekolah tu. Ishishish, takbaek. Jangan ekot perangai mak taw. Ngee~ bersempena dengan bulan April ni, korang mestilah taw kan pasal "APRIL FOOLS" tu. Okay, bodoh sangat lah kan kalau korang tak taw. Aku pown baru dapat taw yang april fools ni takboleh disambut even dah bertahun-tahun aku kenakan orang setiap april fools. MAAP~ so, bagi yang taktaw, meh bace sini.

***

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

***

     
so, bagi yang dah taw tuh, jangan lah nak sambot-sambot lagi bendealah ni. kalau korang sambot, that mean korang happy dengan kekalahan orang Islam. 
     


LOL; LOTS OF LOVE, NORIZ

Diorang Hina Nabi Muhamad. Patut Ke ?

Posted by NorisMadatulIqma at Saturday, April 02, 2011


Salam,

Okey hari ni aku taknak banyak cakap memandangkan aku terkejut giler nak mampos lepas bace web ini. So, kalau korang nak taw just click here. Assalam ~

   
Sesungguhnya korang bukan ahli syurga. Dah sah-sah Nabi Muhamad terhindar dari melakukan dosa. Macam mane Baginda boleh buat macam tu. So, renung-renungkan dan selamat beramal.
  


LOL; LOTS OF LOVE, NORIZ

 

^_^ sweetcuppy ^_^ Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by Tadpole's Notez